Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar untuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doa ku
Rahmati daku dan permintaan ku
Untuk bertemu di dalam restu
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata,penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti
Dia bidadari
Kekasih sejati
Teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih
Di tangan Mu Tuhan
Ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untuk ku
Rela ku menjadi miliknya...... :-)
Sunday, August 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment