Sunday, August 2, 2009

Nur kasih......

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar untuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doa ku
Rahmati daku dan permintaan ku
Untuk bertemu di dalam restu
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata,penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti
Dia bidadari
Kekasih sejati
Teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih
Di tangan Mu Tuhan
Ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untuk ku
Rela ku menjadi miliknya...... :-)

Pergilah air mata......

Akan kubenarkan derai air mata ini membasuh seribu duka...
Akan ku biarkan titisnya terus menitik ke telapak tangan...
Jua kan ku relakan kilau jernihnya mendoakan sejuta bahagia untuk ku...selamanya...
Namun,andai memang tiada noktah bahagia untuk serelung hati ini...
Akan ku lepaskan jua air mata ini pergi...
Jauh...sejauhnya...sehingga sepasang mata ini...
Mampu lupa pada hangat titisannya dulu...... :-) :-)

Pantun teka - teki......

1. Kalau kalian pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji,
Kalau kalian bijak pandai,
Apa binatang keris di kaki? :-)

2. Ada sebiji roda pedati,
Bentuknya bulat daripada besi,
Bila bermain diikat sekuat hati,
Dilempar hidup dipegang mati? :-)

3. Kalau puan,puan cerana,
Ambil gelas di dalam peti,
Kalau tuan bijak laksana,
Binatang apa tanduk di kaki? :-)

4. Kalau tuan tombak rencana,
Ambil gantang sukat pala,
Kalau kalian bijak laksana,
Binatang apa tiada kepala? :-)

5. Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah teka wahai semua,
Semakin diisi semakin ringan? :-)

6. Kalau tuan bawa keladi,
Bawakan juga si pucuk rebung,
Kalau kalian bijak bistari,
Binatang apa tanduk di hidung? :-)

Teka - teki------Uji minda.

1. Bapa Ali ada tiga orang anak. Anak sulungnya bernama 'Mata Besar' manakala anak bongsunya diberi nama 'Mata Kecil.' Pelik sungguh nama anak - anaknya itu,tetapi bukan itu yang perlu kita hairankan. Persoalannya ialah...... apakah nama anaknya yang tengah? :-)

2. Haiwan apakah yang paling seksi? Ada jugak haiwan yang seksi,kan? :-)

3. Dalam banyak - banyak air,air apakah yang paling berani? :-)

Kisah lucu --- Mencuri

Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan di hadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak,saya tak curi basikal itu!
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda: Dia tipu! Sebenarnya,dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuan hakim,ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah,gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan,apabila tiba di kawasan semak,gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil 'barangnya' yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir,kalau ambil baju wanita itu,bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. Kalau ambil seluarnya pula,pun begitu juga. Akhirnya,saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!! :-)